Monday, December 17, 2012

MENANGISLAH DI BAHUKU



assalamualaikum...





kau datang padaku seperti biasa
ku sambut bahagia dengan tangan terbuka
kau balas dengan senyum seadanya
ku tahu ada sesuatu yang berbeza
kau hanya diam seribu bahasa
hanya matamu yang cuba berbicara
bahawa saat ini hati kau terluka
kau tahu aku ada disini hanya untuk mu
cuba x berkedip
menahan tegar di hujung mata.
hingga kau pun tak kuasa
berderailah air mata
dalam pelukku kau curahkan semua
menangislah....
kadang manusia terlalu sombong
untuk menangis
lalu untuk apa air mata telah di cipta
bukan hanya bahagia yang ada di dunia
menangislah....
di bahuku kau berikanku kepercayaan
bahawa laraku adalah haru biruku
kerana aku adalah sahabatmu






FRIEND



Manusia xkan terlepas dari melakukan kesalahan...
termasuk aku.
Dalam persahabatan pasti ada pergaduhan antara satu sama lain.
Kekadang sampai boleh membawa kepada permusuhan.dan ...
kekadang sekejap sahaja pergaduhan tersebut.
tanpa kemaafan dalam persahabatan,
persahabatan yang terjalin tidak akan kekal lama
bagi persahabatan yang sejati,
pasti ada kemaafan dalam diri.
jadilah sahabat yang pemaaf,
tidak menyimpan dendam,
jujur dan ada perasaan hormat terhadap sahabat.
dengan ini..
sesuatu persahabatan akan bertambah baik.
dan....
jagalah pertuturan..
tidak mengeluarkan kata2 kesat terhadap sahabat...
bagi aku..
aku juga tidak tahan apabila mendengar kata2 yang kesat daripada sahabat sendiri.
so...
pandai2lah menjaga kata2 sebelum memulakan sesuatu perbualan.
jangan membuat sahabat berasa benci oleh kerana hanya kata2 kita yang tidak sopan..
mereka juga mempunyai perasaan..


Wednesday, December 12, 2012

keNanGan Lalu..


ASSALAMUALAIKUM..



at resort de'Palma Hotel



hehe...ni pula kenangan ktorg at kuala selangor aritu..=)


Semester 1 at UiTM Johor.

kEnAnGaN BirthDay clASSmaTe

Assalamualaikum..




Inilah party birthday yg paling best yg ktorg pernah wat...masa nie adalah birthday nazirul.sume bdak class joint party befday nie..=)

(Semester 3 at UiTM Johor)


Sunday, December 9, 2012

SaHaBaT SejAtI


  • Sahabat sejati , akan  tetap bersama kita, ketika kita merasa seisi dunia meninggalkan kita.
  • Sahabat yang baik tidak akan meminta sahabatnya menjadi orang lain,tetapi menerima sahabatnya seadanya.
  • Sahabat sejati akan mendengar apa yang  kamu katakan padanya dan memahaminya.
  • Jangan hancurkan hubungan persahabatan oleh kerana hanya perbezaan pendapat.
  • Sahabat  sejati akan tahu kesedihanmu disebalik senyumanmu.
  • Dia tidak membiarkan kamu berada dibelakang ataupun dihadapannya,tetapi di sampingnya.
  • ketika sahabatmu melakukan kesalahan,janganlah kamu memberitahu sahabatmu yang lain kerana bukan mereka yang akan memaafkan tetapi kamu sendiri.

PeNgOrBaNaN

assalamualaikum..

kenapa bila seorang sahabat berada dalam kesusahan,
dia susah sangat nak mengorbankan masa dia demi seorang sahabat,
dia memberikan pelbagai alasan...
untuk tidak membantu..
apa ertinya seorang sahabat,???
jika.......
 dia tidak sanggup melakukan pengorbanan demi kebaikan sahabatnya,
dia tidak bersama sahabatnya..
dia membiarkan sahabatnya keseorangan dalam kesusahan,
dia tidak cuba membantu..


apakah erti sebenarnya sahabat???
sahabat itu adalah seseorang yang akan membantu sahabatnya..
bukan membiarkan sahabatnya dalam kesusahan..
sahabat yang sentiasa bertanyakan khabar sahabatnya..
jadilah seorang sahabat yang sentiasa memberikan sokongan walaupun dari jauh..
walaupun tidak membantu secara perbuatan,
boleh saja melalui perkataan..
iaitu kata2 yang memberikan semangat kepadanya..
jangan biarkan sahabat bersendirian..
korbankanlah walau sedikit masa untuk mendengar luahan hatinya..
ini mungkin akan membantu dia lebih tenang dan lega..
walaupun kita jarang bersama dengannya,
tetapi cuba lah membantunya apabila dia berada dalam kesusahan..
biarlah sedikit masa kita korbankan untuknya..




Sunday, September 16, 2012


assalamualaikum..

Lagi berapa hari je lagi nak test final...
takut pun ada..
Ya Allah,
permudahkanlah aku dan sahabat2ku dalam menjawab test final nie..
kami memohon kepadamu YaAllah..


Friday, August 31, 2012

black and red night(dinner d'trans)

my classmate..^_^


with Ratena Delima..
Assalamulaikum..
 
Dinner aku kali nie tema black and red..
agak best la dinner tu..
makanan  ala2 kampung gitu..

Thursday, August 9, 2012

mAsA yaNG LaLu

assalamualaikum..

Apabila ku teringat saat kita bersama dulu, 
pelbagai kenangan nan indah menjelma......
kisah suka dan duka, 
kita harungi semua..
 mengajar kita erti dewasa..
ketika ku berduka, 
kau lah penawarnya,
saat ku perlukanmu, 
kau hulurkan bantuan tanpa dipinta...
sekarang kita di jauhan..
susah sekali hendak berjumpa..
moga2 persahabatan yang terjalin kekal..
amin...

Saturday, August 4, 2012

ribath Sheikhul Ariffin

Assalamualaikum..


first time aku pergi maahad tahfiz tu,,
best la jugak,,,
suasana kat situ menyenangkan..
budak2 kat situ pun comel2 dan petah berkata-kata..
********
kalau nak tahu,,
budak2 kat situ walaupun baru kecil,,
tapi diorang di ajar untuk berdikari..
masak sendiri...
bestnya..kecil2 dah pandai masak..
aku pun x pandai masak.."malu".
*********
rasa cam nak pergi lagi je........

Monday, June 18, 2012

luAhaN hAti

Assalamualaikum,
Aku x tau kenapa dia sekarang dah banyak berubah. Dia tidak lagi seperti dahulu. Mungkin masa dan waktu yang telah merubah dia. Aku rasa,cepat sekali dia berubah.
********
Seingat aku, dahulu....dia seorang yang baik sekali, selalu je bantu aku kalau aku ada masalah. Kami selalu je bersama walau di mana kami pergi. Pergi kelas sama2,makan sama2,outing pun sama2. Malangnya,persahabatan yang terjalin hanya seketika sahaja. Kami tidak seperti dahulu lagi sekarang nie..
********
Makin hari dia semakin berubah. Aku tidak di layannya lagi. Mungkin aku juga yang bersalah dalam hal ni.
Aku seperti cuba lari dari dia. Aku juga jarang bercakap dengan dia. Kenapa tidak???Selepas dia berjumpa je dengan seorang kawan baru,terus dia tinggalkan aku. Dia juga jarang bercakap dengan aku.............Aku sedih sangat apabila memikirkan hal itu. 
********
Namun,aku tidak akan menyalahkan diri dia. Dia berhak untuk memilih kawan terbaik untuknya. Mungkin bagi dia,aku x layak berkawan dengan dia..Siapalah aku untuk memaksa dia.
Yang penting,aku sentiasa doakan kebahagiaan dia,walaupun kami tidak rapat seperti dahulu.

Wednesday, June 13, 2012

SaHaBat YanG bAiK..

Assalamualaikum semua..

           Aku rasa semua orang mahukan sahabat yang baik termasuk aku..sampai sekarang,aku masih belum menemui sahabat yang betul2 baik, yang boleh membawa aku ke jalan Allah..aku nak sangat sahabat yang boleh bawa aku ke jalan yang benar..memang aku ada ramai kawan, diorang memang baik,tetapi aku mahu kawan yang bukan sahaja baik, tetapi juga boleh membimbing aku ke jalan Allah..

Saturday, June 9, 2012

RiNdU rOOmAte.

I will miss u all..pasni,,kta msti jarang jumpa dah..kta msti dah x mcm dlu lgi..klu nak prgi mna msti sma2.pasni??msti dah x sma2 lagi..hua,,,sedih...

Wednesday, March 28, 2012

cIncIn pErsAhAbAtAn..




Assalamualaikum,,hai reader's..cincin nie amat bermakna bagi kami bertiga,,''aku,ajlaa dan zura''.Ini menandakan persahabatan kami,.biarlah persahabatan kami nie berkekalan..walaupun kami dah berkerjaya,berumahtangga,,namun tetap mengingati persahabatan kami nie.(suatu hari nanti)...amin..k bye2..

Monday, March 26, 2012

hArI yAnG x AkAn AkU LuPAkAN,,

at highway melaka-tangkak
at highway melaka-tangkak.


Assalamualaikum reader's,,mesti korang tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku.!!


Sebenarnya hari tu,aku ngan kawan2 aku pergi Melaka. Malam tu,,,,,,,kitaorang nak balik ke UiTM..
Tiba2,,,kereta kitaorang nazak,pastu mati.Kami semua nervous. X tau nak wat apa di tengah2 highway ni..
kitaorang hanya berserah kepada Allah SWT. Sambil tu, kami mencari jalan penyelesaian. Keluar satu idea!!
''apa kata kita call fikri,mana tau dia boleh bantu..''seorang kawan kami yang mengeluarkan idea. Kami pun call dia,fikri cakap,try la call pihak berkuasa. lebih kurang dalam 2 jam kowt ktaorang menunggu bantuan,,Akhirnya,sampai jugak pihak berkuasa tersebut. Alhamdulillah..
SEBENARNYA KERETA KITAORANG KEHABISAN MINYAK,TU YANG MATI TENGAH2 HIGHWAY...kbye..

Thursday, March 22, 2012

pertama kali

blog ni di create oleh faz...hehe..tq faz..ajar dayah create blog.
jgn malu jgn segan.. follow jer..